Friday, October 7, 2011

Janji Allah itu benar.

Assalamu'alaykum,

Semalam aku baca ayat ini:

Aku betul-betul rasa seolah-olah ia kali pertama aku melihatnya walaupun hakikatnya tidak. Ayat ini bukan sesuatu yang asing buatku tapi baru semalam aku betul-betul feel dengannya.

Tersentap sangat.

Ini apa yang aku rasa, wallahu'alam. Allah memulakan ayatNya dengan menceritakan tentang tipu daya syaitan. Syaitan memang akan bagi janji-janji manis kat kita. Bisik macam-macam kat kita.

Kalau aku pergi daurah ni, tak sempat siapkan assignment.


Ala, ini homework usrah je. Aku banyak lagi homework uni/sekolah yang kena buat.


Banyaknya aku dah infaq, tak cukup lagi ke? Nanti nak bayar sewa, bil-bil macam mane?


Ah! Mad'u-mad'u aku ni, macam-macam betul. Biarlah korang! Korang yang tak nak, korang yang rugi.


Dan macam-macam lagi alasan kita. Kita nampak macam alasan-alasan kita betul-betul boleh dijadikan alasan. Tapi bila reflect balik, alasan-alasan itu hanyalah diri kita dilalaikan dengan keduniaan.

Inilah MO (Modus Operandi) syaitan!

Dia akan gunakan apa saja jalan untuk kita (especially kader-kader dakwah) takut dan lagi dasyat lagi benci (ya aku kata benci kerna sememangnya ini berlaku dikalangan kita) untuk memprioritikan tarbiyyah&dakwah (kedua-dua ini tak boleh dipisahkan) kita.

Kita lihat part kedua ayat di atas. Bila mana aku baca sambungan itu, aku terdiam dan menangis.
"...sedangkan Allah menjanjikan kamu dengan keampunan dan limpah kurnia dariNya..."
Ya Allah! Mengapa kita termakan dengan janji syaitan tapi lupa dengan janji Allah yang lebih mulia dan kekal? Siapa kita nak percaya? Pencipta kita yang nak terbaik buat kita atau musuh kita yang dah bersumpah untuk selamanya menyesatkan kita?

Aku tak tahu macam mana nak describe feeling ini tapi aku berharap sangat ikhwah akhwatku dapat rasa betapa BESARNYA ampunan, rahmat, kurniaan Ilahi buat kita ini. Kita ini yang hina kalau bukan kerna dimuliakan olehNya.

Ingat lagi kata-kata Saidina Umar Al-Khattab r.a?
"Kita adalah suatu kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, maka apabila kita mencari kemuliaan yang selain daripada Islam, nescaya kita akan dihinakan oleh Allah."
Krisis-krisis ummah ini hanya akan selesai sekiranya kita kembali kepada Allah dan Ad-DinNya. Tak cukupkah Allah buat kita?

0 comments: